Penceritaan Perayaan_Wangkang

Tan Seng Tee, seorang sejarawan asal Melaka, menulis bahawa perayaan ini datang dari kejadian semasa zaman kerajaan Ming di mana Maharaja Yung Lo menitahkan seorang pendeta bernama Zhang Tianshi/Teo Tian Soo (Cina: 張天師; pinyin: Zhāng Tiān Shī; Pe̍h-ōe-jī: Tiong Thian Su) mencari dan menghalau bunyi aneh dan keras dari dalam pekarangan istana baginda. Teo mendapati bunyian ini datang daripada 360 orang sarjana yang membuat muzik sambil ditahan dalam penjara. Teo dengan kata putus Maharaja tersebut membuat upacara menghunus pedang pada lantai ditabur beras dan garam yang diucapkan mantera sekalgius memenggal kepala semua sarjana itu. Pada malam berikutnya, roh para sarjana itu menjelma kembali di hadapan si Maharaja untuk menuntut nyawa hidup mereka kembali, Teo segera menangkap semua roh itu yang dikurung dalam suatu keranda yang dibuang ke laut. Keranda ini terdampar di pantai dan dibuka tidak sengaja oleh seorang pengemis yang membebaskan mereka semula ke langit kayangan di mana mereka ditabalkan pangkat sebagai panglima Maharaja Giok. Mereka kembali mendatangi Maharaja Yung Lo yang rasa bersalah: lima roh yang paling kuat dikeramatkan sebagai dewa yang dipuja penduduk kawasan Quanzhou dan Zhangzhou.[2][1]

Amalan ini tersebar ke Melaka bersama para penghijrah mencari kerja di sana semasa Dinasti Qing; pengadaan keraian ini di Melaka mula tercatat tahun 1846.[2]