Perbadanan_Televisyen_Singapura

Perbadanan Televisyen Singapura (Inggeris: Television Corporation of Singapore, TCS) adalah sebuah stesen televisyen di Singapura yang wujud dari penswastaan penuh stesen Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Selepas 12 Februari 2001, ia dikenali sebagai MediaCorp TV.Apabila Singapore Broadcasting Corporation (SBC) diswastakan lancarkan pada 1 Oktober 1994 pukul 12:00 tengah malam Waktu Piawai Singapura (UTC+8), ia dipecahkan kepada tiga syarikat di bawah naungan SIM Group of Companies. Television Corporation of Singapore (TCS) mengambil alih bidang penyiaran televisyen dari Singapore Broadcasting Singapore (SBC), Radio Corporation of Singapore (RCS) mengambil alih bidang penyiaran radio dari Singapore Broadcasting Corporation (SBC) sementara TV12 Singapore atau Singapore Television Twelve (STV12) mengoperasi Saluran 12.Pada 27 September 1995, Saluran 8 dan Saluran 5 memulakan transmisi 24-jam, dan 2 saluran baru dicipta dari Saluran 12 siri: Prime 12 dan Premiere 12. Saluran 8 menggugurkan rancangan bahasa Tamil dari salurannya dan dipindahkan ke Prime 12. Buat pertama kali dalam sejarah penyiaran Singapura, wujud 4 saluran televisyen yang menyiarkan rancangan dalam keempat-empat bahasa rasmi Singapura.Pada 1 Mac 1999 juga, TCS telah melancarkan Channel NewsAsia sebuah saluran yang menyiarkan berita sepanjang hari.Pada 31 Januari 2000, selepas penyusunan semula syarikat SIM Group of Companies, stesen-stesen Television Corporation of Singapore (TCS) mengalami rombakan. Pada 30 Januari 2000, STV12 disebabkan kegawatan ekonomi dan juga masalah kurang penonton. STV12 mengalami perubahan yang besar dengan pelancaran Mediacorp pada 31 Januari 2000, Prime 12 telah menjadi saluran Melayu yang tersendiri dengan ditukar nama sebagai Suria dan Central yang menggantikan Premiere 12. Siaran-siaran di Central dibahagikan kepada tiga mengikut jadual masa seperti berikut: TCS melancarkan saluran SportCity yang menayangkan rancangan-rancangan hiburan. SportCity kemudiannya diubah nama kepada CityTV pada 2001 yang menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bervariasi selain daripada sukan tetapi ditutup pada 2002. Pada 2004 MediaCorp TV bergabung dengan SPH MediaWorks yang mengendalikan dua saluran iaitu Channel i, saluran berbahasa Inggeris dan Channel U, saluran berbahasa Mandarin. Melalui penggabungan ini MediaCorp TV menjadi MediaCorp TV Holdings dengan pegangan 80% untuk MediaCorp dan 20% untuk SPH MediaWorks. Dua saluran kendalian SPH MediaWorks pula diambil alih oleh MediaCorp. Pada 1 Januari 2005 Channel i ditamatkan operasinya kerana pasaran program berbahasa Inggeris yang kecil di Singapura manakala Channel U kekal bersiaran sehingga kini.Pada 20 Oktober 2008 MediaCorp TV12 melancarkan satu lagi saluran terbaru dikenali sebagai Vasantham khusus untuk masyarakat India. Ia adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat India di Singapura untuk menonton rancangan dan program-program India selama lebih 8 jam setiap hari. Manakala saluran Central dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja melalui Kids Central dan juga untuk dewasa melalui Arts Central.