Fungsi Perbendaharaan_Malaysia

  • Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  • Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan/Agensi Kerajaan.
  • Menyediakan belanjawan tahunan.
  • Memantau pelaksanaan belanjawan tahunan.
  • Mendapatkan pinjaman bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan kakitangan Kerajaan.
  • Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
  • Memantau syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan diurus dengan berkesan
  • Memantau pengurusan kewangan Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun.
  • Menggubal dan mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan Kerajaan.
  • Memberi kelulusan kepada perolehan Kerajaan yang besar nilainya dan menyertai dalam proses perolehan di agensi-agensi Kerajaan lain.
  • Menggubal dasar-dasar dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan sektor awam.
  • Menerima, memantau aduan-aduan terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Perbendaharaan dan menyelesaikannya.