Perbenaran

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Perbenaran ialah peristilahan baru untuk menterjemahkan perkataan bahasa Ibranitsedeq", "tsadeq", "tsaddiq", atau "tsedaqah[1] ke dalam bahasa Malaysia. Setakat ini, tidak wujud istilah dalam bahasa Malaysia yang dapat menterjemahkan perkataan Ibrani tersebut.Dalam Alkitab (Kitab Suci), perkataan Ibrani “tsedeq", "tsadeq", "tsaddiq", atau "tsedaqah” secara umumnya merujuk kepada kenyataan yang terbukti benar dan adil, atau tingkah laku yang tidak bersalah (contoh: Kitab 1 Raja-Raja 8:32; Kitab 2 Tawarikh 6:23).[2]Perbenaran Allah merujuk kepada sifat-Nya yang benar dan adil, serta kehendak-Nya bagi umat-Nya seperti yang dijelaskan dalam Taurat Musa, yang seterusnya ternyata dalam perbuatan-Nya meniadakan kesalahan dan hukuman dosa, sehingga orang berdosa diperbenar dan diselamatkan, iaitu diterima semula dalam hubungan yang sewajarnya dengan Allah..[3]Abraham percaya bahawa Allah akan melaksanakan kehendak-Nya bagi keturunan Abraham. Kepercayaan Abraham diperhitungkan baginya sebagai perbenaran (lihat Kitab Kejadian 15:6). Seterusnya, keturunan Abraham diperintahkan untuk melakukan yang benar dan adil supaya mereka diperbenar dan diselamatkan bersama.[3]Dalam Kitab Suci Perjanjian Baru, istilah yang digunakan untuk perbenaran dalam bahasa Yunani ialah “dikaiosunē”. Maksudnya dalam Injil Matius jelas merujuk kepada tingkah laku seseorang yang hidup selaras dengan kehendak Allah dan yang melaksanakan tuntutan-tuntutan-Nya (Injil Matius 5:6,10). Oleh sebab itu, Yesus (nama lainnya, "Isa Almasih") datang untuk dibaptiskan oleh Yohanes kerana ingin menunaikan segala perbenaran (Injil Matius 5:16). Dalam ajaran rasul Paulus pula, perbenaran itu bukan sekadar tingkah laku yang baik dan benar di hadapan Allah, bahkan diperkuat lagi untuk merujuk kepada suatu anugerah Allah yang diterima dalam iman, tidak berdasarkan diri seseorang atau ibadatnya.[4]Oleh yang demikian, tertakluk pada konteksnya, ‘tsedeq” atau “dikaiosunē” telah diungkapkan dengan perkataan-perkataan yang berikut - “perbenaran”, “yang benar”, “yang adil”, “keadilan”, “kesalihan” dan juga “kewarakan[5]