Anatomi Pergelangan_tangan

Aspek-aspek posterior dan anterior pergelangan tangan kanan manusia
Ligamen pergelangan tangan. Pandangan posterior dan anterior

Persendian

Sendi-sendi radiokarpus, interkarpus, midkarpus, karpometakarpus, dan intermetakarpus sering saling berhubung melalui satu rongga sinovial terkongsi.[6]

Mikroradiografi tangan embrio manusia 8 minggu

Tangan ekstrinsik

Sendi radioulna distal adalah sendi pangsi yang terletak di antara tulang-tulang lengan bawah, radius dan ulna. Terbentuk oleh hulu ulna dan takuk ulna radius, sendi ini terpisah dari sendi radiokarpus oleh sekeping cakera artikular yang terletak di antara radius dan proses stiloid ulna. Kapsul sendi ini longgar dan menjangkau dari reses saksiform inferior kepada syaf ulna. Bersama dengan sendi radioulna proksimal, sendi radioulna distal memboilehkan pronasi dan supinasi.[7]

Sendi radiokarpus atau sendi pergelangan tangan radiocarpal joint merupakan sendi elipsoid yang terbentuk oleh radius dan cakera atikular secara proksimal, dan baris proksimal tulang karpus secara distal. Tulang karpal pada sebelah ulna hanya melakukan sentuhan berjeda dengan sebelah proksimale — trikuetrum hanya bersentuhan ketika abduksi ulna. Kapsul yang kendur dan tidak bercabang itu nipis di sebelah dorsal dan mungkin mengandungi lipatan sinovial. Kapsul itu selanjar dengan sendi midkarpus dan dikuatkan oleh berbilang ligamen, termasuklah ligamen radiokarpus palma dan dorsal, dan ligamen kolateral ulna dan radius.[8]

Tulang karpus tangan:
Proksimal:A=Skafoid, B=Lunat, C=Trikuetrum, D=Pisiform
Distal:E=Trapezium, F=Trapezoid, G=Kapitat, H=Hamat

Di dalam tangan, sejumlah 13 batang tulang membentuk pergelangan, iaitu lapan batang tulang karpusskafoid, lunat, trikuetrum, pisiform, trapezium, trapezoid, kapitat, dan hamat— dan lima tulang metakarpus—iaitu yang pertama, kedua, ketiga, keempat, dan kelima.[9]

Sendi midkarpus adalah ruang sendi berbentuk S yang memisahkan baris tulang karpus proksimal dan distal. Sendi-sendi interkarpus di antara tulang-tulang setiap baris, dikuatkan oleh ligamen karpus radius dan pisohamat serta ligamen palma, interos, dan dorsal. Mungkin terdapat suatu takat kebolehgerakan sesama tulang-tulang di baris proksimal sementara tulang-tulang baris distal bersambung sesama sendiri dan dengan tulang metakarpus —di sendi karpometakarpus— oleh ligamen-ligamen kuat —ligamen pisometakarpus, karpometakarpus palma and dorsal— yang membentuk satu entiti berfungsi daripada tulang-tulang ini. Di samping itu, sendi-sendi di antara asas-asas tulang metakarpus, iaitu persendian intermetakarpus, dikuatkan oleh ligamen intermetakarpus dorsal, interos, dan palma.[8]

Rujukan

WikiPedia: Pergelangan_tangan http://www.unifr.ch/ifaa/Public/EntryPage/TA98%20T... http://books.google.com/books?id=6DH97qvthj4C http://books.google.com/books?id=TbxYM_Ts-3YC&pg=P... http://books.google.com/books?id=Xz8F00Su2SwC&pg=R... http://books.google.com/books?id=dbVv5OhJimcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=m7GOyN5wYVAC&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://emedicine.medscape.com/article/828746-overv... http://prpm.dbp.gov.my/ http://purl.obolibrary.org/obo/FMA_24922