Pergunungan_Appalachia
Pergunungan_Appalachia

Pergunungan_Appalachia

Pergunungan Appalachia atau Banjaran Appalachia (Bahasa Inggeris: Appalachian Mountains atau the Appalachians, Bahasa Perancis: les Appalaches) merupakan satu banjaran gunung yang terletak di timur Amerika Utara. Banjaran ini secara kasarnya terbentuk pada 480 juta tahun dahulu ketika zaman Ordovisi dan pernah sekali mencecah ketinggian yang serupa dengan Banjaran Alps dan Pergunungan Rocky, sebelum ia terhakis.[1][2] Rangkaian Appalachian merupakan penghadang kepada perjalanan antara timur dan barat kerana ia membentuk satu siri rabung bukit dan lembah yang berselang-seli, menghalang mana-mana jalan antara timur dan barat.