Pergunungan_Columbia
Pergunungan_Columbia

Pergunungan_Columbia

Pergunungan Columbia (Inggeris: Columbia Mountains,[1] Perancis: ChaƮne Columbia) merupakan sekumpulan banjaran gunung yang terletak di tenggara British Columbia, Kanada (75%) dan selebihnya berada di Montana, Idaho dan Washington, Amerika Syarikat (25%). Pergunungan ini meliputi kawasan seluas 135,952 kilometer persegi (52,491 batu persegi) serta bersempadan dengan Peparit Pergunungan Rocky di timur, Sungai Kootenay di selatan dan pinggir Penara Interior di barat. Gunung Sir Sandford ialah puncak yang tertinggi bagi pergunungan ini dengan ketinggian 3,519 meter (11,545 kaki).