Perhimpunan Agung UMNO 2011 diadakan pada 29 November 2011- 3 Disember 2011 di
PWTC,
Kuala Lumpur. Amanat khas kepada Putera dan Puteri UMNO diadakan pada 20 november 2011 di PWTC. Perhimpunan ini penting sebelum
PRU13.Pada 22 November 2011, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan Seramai 5,447 perwakilan akan hdir di Dewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra (
PWTC).Mereka ialah 2,627 perwakilan dari 191 bahagian , 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri.Buat pertama kali , Setiausaha Bahagian menjadi perwakilan secara automatik.Perhimpunan dirasmikan
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak yang juga
Presiden UMNO.
Timbalan Presiden UMNO,
Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 November 2011.
RTM telah menyiarkan secara langsung majlis perasmian perhimpunan.Seramai 58 delegasi luar dari 23 parti politik dari 20 buah negara turut hadir.Mereka dari
Parti Komunis China, 11 dari
Parti Mamafisoa,
Madagascar; 3 dari
Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (
Fatah) dan 2 dari Persidangan Tetap Parti Politik Amerika Latin dan Caribbean, Coppal.Semua 74 Kelab Umno Luar Negara turut menghantar seorang wakil. Seramai 1,540 petugas media dari 83 agensi, 74 agensi tempatan dan sembilan antarabangsa akan membuat liputan.Pada 28 November , forum bertajuk "Politik Transformasi Ekonomi dan Sosial di dalam Era Krisis Global" akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.
[1]