Sejarah Perikatan_Nasional

Krisis politik Malaysia 2020 dan kebangkitan kuasa

Pada 23 Februari 2020, ahli Dewan Rakyat dari parti politik Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Gagasan Sejahtera (GS), dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah dewan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Perkara ini kemudiannya hanya semata-semata majlis makan malam, yang dipanggil "Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen".[4] Ini mencetuskan kontroversi apabila rakyat mula ingin mengetahui tujuan dan makna majlis tersebut sehingga menyebabkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Harapan. Acara pada hari itu dikenali sebagai "Langkah Sheraton",[5] dan ia dikenali sebagai "salah satu hari Ahad yang paling lama" dalam politik Malaysia.[6]

Ia kemudiannya disahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, bahawa beliau, serta anggota parlimen dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memimpin gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional, namun persetujuan mereka adalah bersyarat.[7]

Pada keesokan harinya, pemimpin Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti itu, seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution tengah hari itu,[8] serta beberapa ahli parti lain mengumumkan keluar parti demi solidariti Azmin dan Zuraida.[9] Berikutan itu, Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.[10] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti tersebut secara rasmi meninggalkan gabungan Pakatan Harapan.[3] Ini menyebabkan gabungan yang sudah rapuh kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menandakan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selama hampir 2 tahun.[11]

Untuk memastikan keadaan negara stabil, Al-Sultan Abdullah melantik semula Mahathir sebagai Perdana Menteri interim untuk tempoh yang tidak ditentukan sehingga baginda berjaya menyelesaikan konflik kerajaan.[12] Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan telah menghantar senarai anggota parlimen yang menyokong kerajaan mereka untuk membuktikan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, setelah mengkaji senarai tersebut, Al-Sultan Abdullah menyedari bahawa kedua-dua senarai tersebut memang mendapat sokongan majoriti, kerana beberapa anggota parlimen menandatangani akuan bersumpah mereka untuk kedua-dua pihak.

Mempunyai rancangan lain dalam pemikiran, Mahathir memutuskan untuk memanggil semua anggota Parlimen untuk bersatu di bawah kerajaan perpaduan tanpa parti, di mana keseluruhan Parlimen berada di dalam kerajaan Malaysia.[13] Ini ditolak oleh hampir semua parti lain, kerana mereka enggan berada di kerajaan yang sama seperti saingan mereka, terutamanya gabungan Muafakat Nasional (Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera) dan Parti Tindakan Demokratik. Muafakat Nasional menyeru pembubaran parlimen, kerana ia adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikannya dengan membiarkan rakyat memilih kerajaan sekali lagi.[14]

Untuk menyelesaikannya, Al-Sultan Abdullah meminta setiap anggota Dewan Rakyat untuk menghadap baginda, jadi baginda boleh menemu bual setiap anggota parlimen secara peribadi untuk menentukan anggota mana yang mempunyai sokongan majoriti parlimen, dan elakkan daripada pertindihan sokongan. Ini kerana Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik Perdana Menteri daripada kalangan anggota Dewan Rakyat yang dalam hematnya mungkin mempunyai keyakinan majoriti anggota parlimen. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka mendapat sokongan majoriti parlimen yang sekurang-kurangnya 112 ahli, sejak Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera menyeru pembubaran Parlimen, manakala Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Mahathir masing-masing.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya memanggil ketua-ketua parti untuk mewakili seluruh parti, bukannya mereka ditemu bual secara individu. Parti Pribumi Bersatu Malaysia kemudian mengumumkan bahawa mereka menamakan presiden mereka, Muhyiddin, yang akan menjadi individu menghadap Yang di-Pertuan Agong di istana keesokan harinya, sementara Muafakat Nasional mengumumkan bahawa mereka akan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Pada saat-saat terakhir di pagi hari, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa mereka menyerahkan nama Mahathir sebagai calon mereka untuk Perdana Menteri. Pada petang 29 Februari 2020, Al-Sultan Abdullah mengumumkan bahawa Muhyiddin mendapat sokongan majoriti, dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, dan beliau mengangkat sumpah pada hari berikutnya di Istana Negara.

Rujukan

WikiPedia: Perikatan_Nasional http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-mahat... http://www.theedgemarkets.com/article/muafakat-nas... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://malaysiagazette.com/2020/02/23/najib-sokon... https://malaysiagazette.com/2020/02/24/%F0%9F%8E%A... https://www.malaysiakini.com/news/512745 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02...