Perisian_tengah

Perisian tengah (bahasa Inggeris: middleware) ialah perisian komputer yang menghubungkan komponen perisian atau orang dan aplikasinya. Perisian sebegini terdiri daripada set perkhidmatan yang membolehkan lebih daripada satu proses—yang berjalan pada satu atau lebih jentera—untuk berinteraksi. Teknologi ini wujud untuk menyediakan saling kendali dalam sokongan bagi peralihan kepada seni bina teragih yang koheren, yang paling selalu digunakan untuk menyokong dan meringkaskan aplikasi teragih rumit. Ia terdiri daripada pelayan web, pelayan aplikasi, dan peralatan serupa yang menyokong pembangunan dan penyerahan aplikasi. Perisian tengah adalah bersepadu dengan teknologi maklumat moden berasaskan XML, SOAP, khidmat web, dan seni bina berorientasikan perkhidmatan.