Asal-usul Perisian_tengah

Perisian tengah secara relatif ialah satu tambahan baharu kepada lanskap pengkomputan. Ia menjadi popular dalam 1980-an sebagai penyelesaian masalah untuk mengkaitkan aplikasi yang lebih baharu dengan sistem pusaka lama, walaupun istilah middleware telah diguna sejak 1968.[1] Ia juga memudahkan pemprosesan teragih, penyambungan banyak aplikasi bagi membuat aplikasi yang lagi besar, biasanya menerusi sebuah rangkaian.