Peristiwa_Kampung_Medan
Peristiwa_Kampung_Medan

Peristiwa_Kampung_Medan

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia dari 4 Mac hingga 13 Mac 2001 selama 13 hari.[1] Peristiwa rusuhan ini berlaku dan merebak di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Taman Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama.[2] Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan kerajaan.[3][4] Pergaduhan tersebut turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong. Foto-foto milik Malaysiakini menunjukkan bukti yang mengerikan tentang kecederaan yang teruk, baik fizikal dan emosi, yang berlaku akibat pergaduhan tersebut.[5] Ketegangan kaum yang berlaku hampir dua minggu tersebut telah menyebabkan kematian enam orang serta meninggalkan lebih daripada 100 orang dengan kecedaraan parah, iaitu kecederaan kepala, tulang patah, dan anggota badan yang dipenggal. Empat ratus orang telah ditahan.

Rujukan

WikiPedia: Peristiwa_Kampung_Medan http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.geocities.com/sounvx/klanglama2.htm //scholar.google.com/scholar?q=%22Peristiwa+Kampun... //www.google.com/search?&q=%22Peristiwa+Kampung+Me... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Peris... //www.google.com/search?q=%22Peristiwa+Kampung+Med... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Peristiwa+K... http://www.indianmalaysian.com/klanglama4.htm#boil http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/siasa...