Malaysiakini.com
Malaysiakini.com

Malaysiakini.com

Malaysiakini merupakan media internet 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam talian dari Malaysia. Dilancarkan pada 20 November 1999, antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam Malaysiakini ialah Utama, Berita, Kolum, Pendapat, Minda Editor, Laporan Khas dan lain-lain.[1] Ia menarik lebih 37 juta tatapan setahun dan menerima ranking laman web ke-13 popular di Malaysia oleh Alexa.[2][3] Pada 2013, syarikat induk Malaysiakini melancarkan dua tapak sesawang - portal perniagaan KiniBiz[4] dan tapak berita TV internet KiniTV.[5]Berita utama di dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. Laman web itu mendakwa dilawat 50,000 orang sehari dan lebih tiga juta kali dicapai dalam sebulan.[6][7][8][9] Versi Bahasa Inggeris Malaysiakini.com perlu dilanggan untuk dibaca sementara versi Bahasa Melayu adalah percuma.[10][11][12][13][14][15][16]

Malaysiakini.com

Pemilik Mkini Dotcom Sdn Bhd
Diasaskan 20 November 1999; 20 tahun yang lalu (1999-11-20)
Bahasa Bahasa Melayu
Bahasa Mandarin
Bahasa Tamil
Pemihakan politik Berhaluan kanan
Bebas
Penerbit Mkini Dotcom Sdn Bhd
Bandar Kuala Lumpur
Ibu pejabat Malaysiakini.com
48, Jalan Kemuja
Bangsar Utama
59000 Kuala Lumpur
Malaysia
Laman sesawang http://www.malaysiakini.com
Format laman sesawang
Video
Aplikasi
Penyunting Steven Gan
Negara Malaysia
Jenis Atas talian