Peristiwa_Musim_Bunga_Praha

Peristiwa Musim Bunga Praha (Bahasa Czech: Pražské jaro, Bahasa Slovak: Pražská jar) merupakan satu tempoh liberalisasi politik dalam Czechoslovakia sewaktu negara tersebut dikuasai Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia Kedua. Ia bermula pada 5 Januari 1968, apabila Alexander Dubček dipilih sebagi Setiausaha Pertama Parti Komunis Czechoslovakia (KSČ) sehinggalah 21 Ogos 1968 di mana Kesatuan Soviet dan negara anggota Pakatan Warsaw lain menyerang negara ini untuk menghentikan perubahan sedemikian.Langkah-langkah pembaharuan yang dibawa daripada tempoh ini merupakan usaha percubaan pendemokrasian oleh Dubček untuk memberikan hak tambahan kepada rakyat Czechoslovakia. Kebebasan yang diberikan termasuk melonggarkan sekatan pada media, suara dan pergerakan.