Perisytiharan Perisytiharan_Kemerdekaan_Amerika_Syarikat

Kebanyakan penulisan dibuat oleh Jefferson yang menulis hak-hak rakyat dan tugas kerajaan. Jefferson juga menyenaraikan perkara-perkara yang tidak mereka sukai yang dilakukan oleh Great Britain seperti memenjarakan orang tanpa sebab, cukai yang tinggi dan tidak menghormati penduduk koloni.

Perisytiharan mengisytiharkan koloni sebagai negeri bebas dan merdeka. Kongres meluluskan dokumen yang ditulis oleh Jefferson dengan sedikit pindaan. Mereka menggunakan dokumen untuk mengisytiharkan kemerdekaan yang sebenarnya diumumkan pada 2 Julai 1776. Kelulusan dari kesemua ahli kongres hanya pada 4 Julai di Pennsylvania. Versi ini ditandatangani oleh Presiden Kongres John Hancock dan Setiausaha Charles Thomson. Mengikut lagenda, John Hancock menandatangani namanya dengan saiz yang sangat besar supaya King George dapat melihat tanpa perlu menggunakan cermin mata.

Kesan Perisytiharan

Apabila Raja Great Britain dan Parlimen Britain mendengar mengenai Perisytiharan mereka menjadi sangat marah. Pada masa itu, Great Britain dan penduduk Amerika sudah pun terlibat dalam perang yang dipanggil Perang Revolusi Amerika. Amerika menang dalam perang tersebut dan pada 1783, Great Britain terpaksa mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dalam Perjanjian Paris.

Sehingga hari ini, Perisytiharan Kemerdekaan disambut setiap 4 Julai dengan parti oleh rakyat Amerika Syarikat. Mereka mengingati hari Thomas Jefferson menulis Perisytiharan dan hari Amerika Syarikat menjadi sebuah negara bebas.

Perisytiharan ini juga penting kerana ia menyatakan idea yang mudah bahawa rakyat mempunyai hak-hak untuk hidup, kebebasan dan untuk bergembira serta kerajaan harus mendengar pendapat rakyat. Perkara-perkara inilah yang menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara kebebasan.

Dokumen asal Perisytiharan Kemerdekaan yang ditulis oleh Jefferson, bersama Perlembagaan Amerika Syarikat dan Undang-Undang Hak Asasi, masih disimpan di Muzium Arkib Negara di Washington D.C.