Sejarah Perisytiharan_Kemerdekaan_Amerika_Syarikat

Sebelum Perisytiharan

Sebelum 1776, Amerika Syarikat tidak wujud sebagai sebuah negara. Pada masa itu hanya terdapat negeri-negeri individu yang diperintah oleh Great Britain.

Pada masa itu, ramai penduduk Amerika marah kepada Great Britain kerana kebanyakan mereka tidak suka membayar cukai kepada Great Britain apabila mereka tidak mempunyai wakil di Parlimen. Mereka tidak mahu tanah mereka menjadi koloni dan mahukan sebuah negara yang merdeka agar mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu dan bukannya mengikut perintah Great Britain.

Mengambil tindakan

Tindakan Great Britain melalui akta-akta yang menyekat membuatkan koloni-koloni menubuhkan sebuah kongres yang membuat keputusan untuk semua koloni. Mereka berjumpa di bandar Philadelphia dan semasa perjumpaan pada 11 Jun 1776, sebuah jawatan kuasa dibentuk untuk mendraf satu dokumen yang kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Kemerdekaan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh John Adams dari Massachusetts, Benjamin Franklin (Pennsylvania), Thomas Jefferson (Virginia), Robert R. Livingston (New York) dan Roger Sherman (Connecticut).