Perjanjian_Escazu
Perjanjian_Escazu

Perjanjian_Escazu

Perjanjian Serantau mengenai Akses Maklumat, Penyertaan Orang Awam dan Keadilan dalam Masalah Alam Sekitar di Amerika Latin dan Karibia, lebih dikenali sebagai Perjanjian Escazú (Bahasa Sepanyol: Acuerdo de Escazú), ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh 25 buah negara Amerika Latin dan Karibia mengenai hak untuk mengakses maklumat berkaitan dengan alam sekitar, penglibatan orang awam dalam proses membuat keputusan mengenai alam sekitar, keadilan alam sekitar dan sebuah persekitaran yang sihat dan lestari bagi generasi kini dan generasi akan datang.[2] Perjanjian tersebut adalah terbuka kepada 33 buah negara dalam Amerika Latin dan Karibia. Dalam kalangan 25 buah negara penandatangan, perjanjian tersebut telah diratifikasikan oleh 12 buah negara: Antigua dan Barbuda, Argentina, Bolivia, Ecuador, Guyana, Mexico, Nicaragua, Panama, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, dan Uruguay.[1]Perjanjian tersebut berasal daripada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Lestari 2012 dan merupakan satu-satunya perjanjian yang mengikat yang diterima pakai dalam persidangan tersebut. Dengan Suruhanjaya Ekonomi Amerika Latin dan Caribbean Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECLAC) berperanan sebagai sekretariat teknikal bagi proses tersebut, perjanjian tersebut telah didraf antara tahun 2015 dan 2018 dan diterima pakai di Escazú, Costa Rica, pada 4 March 2018.[4] Perjanjian tersebut ditandatangani pada 27 September 2018 dan proses tersebut terbuka sehingga 26 September 2020.[1] 11 ratifikasi diperlukan agar perjanjian tersebut boleh berkuat kuasa. Bilangan tersebut telah dicapai pada 22 Januari 2021 apabila Mexico dan Argentina meratifikasikan perjanjian tersebut.[5] Dengan itu, perjanjian tersebut telah berkuat kuasa pada 22 April 2021.[6][1]Perjanjian Escazú merupakan perjanjian antarabangsa yang pertama di Amerika Latin dan Karibia yang berkaitan dengan alam sekitar, serta perjanjian pertama di dunia yang merangkumi peruntukan hak pembela alam sekitar.[2] Perjanjian tersebut juga mengukuhkan hubungan antara hak asasi manusia dan perlindungan alam sekitar dengan menguatkuasakan syarat mengenai hak pembela alam sekitar pada anggota negaranya. Perjanjian tersebut juga bertujuan untuk membolehkan orang awam mempunyai akses penuh kepada maklumat alam sekitar, proses membuat keputusan alam sekitar serta perlindungan dan tindakan kehakiman mengenai isu alam sekitar. Perjanjian tersebut juga mengiktiraf hak generasi kini dan akan datang untuk memiliki sebuah persekitaran yang sihat dan pembangunan yang mampan.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian_Escazu https://www.lanacion.com.ar/politica/argentina-rat... https://english.elpais.com/usa/2021-04-27/internat... https://hir.harvard.edu/protecting-latin-americas-... https://ceere.eu/pjiel/wp-content/uploads/2021/06/... https://www.gob.mx/sre/prensa/mexico-makes-history... https://dialogochino.net/en/climate-energy/42265-b... https://dialogochino.net/en/climate-energy/52871-c... https://dialogochino.net/en/climate-energy/53209-e... https://observatoriop10.cepal.org/en/treaties/regi... https://repositorio.cepal.org/bitstream/handle/113...