Proses Perjanjian_Escazu

Fasa persediaan dan rundingan

Mesyuarat ke-7 bagi Jawatankuasa Rundingan Perjanjian Serantau mengenai Akses Maklumat, Penyertaan Orang Awam dan Keadilan dalam Masalah Alam Sekitar di Amerika Latin dan Karibia yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, antara 31 Julai dan 4 Ogos 2017

Mesyuarat ke-7 bagi Jawatankuasa Rundingan perjanjian tersebut, yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, antara 31 Julai dan 4 Ogos 2017. Fasa persediaan bagi perjanjian tersebut berlangsung selama dua tahun. Proses tersebut bermula pada 22 Jun 2012 semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Lestari (Rio+20) dan bertamat semasa Keputusan Santiago on November 10, 2014.[9] Perjanjian tersebut merupakan satu-satunya perjanjian yang mengikat yang diterima pakai dalam persidangan Rio+20, perjanjian antarabangsa yang pertama di Amerika Latin dan Karibia yang berkaitan dengan alam sekitar, serta perjanjian pertama di dunia yang merangkumi peruntukan hak pembela alam sekitar.[10]

Selepas Keputusan Santiago, satu Lembaga Pengarah telah ditubuhkan dengan dua negara sebagai pengerusi bersama dan lima lagi negara sebagai anggota. Satu Jawatankuasa Rundingan juga ditubuhkan dan disertai oleh anggota Lembaga Pengarah dan enam ahli yang terdiri daripada orang awam.[11] Pengarah Lembaga yang pertama terdiri daripada tujuh negara yang berikut:[11]

  • Chile dan Costa Rica sebagai pengerusi bersama.
  • Argentina, Mexico, Peru, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine, serta Trinidad dan Tobago sebagai ahli.

Wakil orang awam, organisasi dan pakar akademik trut terlibat dalam proses rundingan.[12]

24 daripada 33 negara anggota Suruhanjaya Ekonomi Amerika Latin dan Caribbean Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECLAC) telah mengambil bahagian dalam proses rundingan yang terakhir bagi perjanjian tersebut di Escazú, Costa Rica. Proses rundingan dan penggubalan perjanjian tersebut berakhir pada 4 Mac 2018, sempena hari lahir Berta Caceres, seorang pembela alam sekitar Honduras yang telah dibunuh dua tahun yang lalu.[13]

Perjanjian Escazù diterima pakai pada 4 Mac 2018, sempena hari lahir Berta Caceres, seorang pembela alam sekitar Honduras yang telah dibunuh pada 2016.

Fasa tandatangan

Pada 27 September 2018, proses tandatangan bagi setiap negara penandatangan telah bermula semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. 14 buah negara telah menandatangani perjanjian tersebut ketika itu: 12 buah negara semasa upacara tandatangan dan 2 buah negara lagi (Haiti dan Republik Dominika) pada petang hari tersebut.[14]

Pada 28 September 2019, Paraguay telah menandatangani perjanjian itu. Pada Julai 2019, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine telah menandatangani perjanjian itu.[15] Pada 24 dan 26 September, Belize dan Dominika telah menandatangani perjanjian tersebut.[1]

Tarikh akhir untuk menandatangani dokumen tersebut adalah pada 26 September 2020. Antara 33 buah negara Amerika Latin dan Karibia yang berniat untuk menandatangani perjanjian itu, 24 buah negara telah menurunkan tandatangan.[16] Negara-negara yang telah menandatangani perjanjian tersebut sebelum tarikh akhir boleh meratifikasikannya pada bila-bila masa. Negara yang tidak meletakkan tandatangan mereka pula tidak dapat menjadi negara penandatangan lagi. Namun, mereka boleh menjadi Parti bagi perjanjian tersebut melalui proses tambahan, satu proses satu langkah yang setaraf dengan proses ratifikasi.[2]

Fasa retifikasi

Selepas sesebuah menandatangani perjanjian tersebut di PBB, negara tersebut boleh meluluskan, meratifikasikan atau menerima perjanjian tersebut.[2]

Pada 18 April 2019, ratifikasi pertama perjanjian tersebut telah dilakukan oleh Guyana. Beberapa bulan kemudian, pada 26 September, lima negara, iaitu Bolivia, Jamaica, Saint Kitts dan Nevis, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine serta Uruguay, turut meratifikasikan tersebut.[15]

Pada 4, 9 dan 10 Mac 2020, Antigua dan Barbuda, Nicaragua serta Panama masing-masing meratifikasikan perjanjian itu. Ecuador menyerahkan instrumen ratifikasinya pada 21 Mei tahun tersebut.[1] Pada 24 September, Dewan Rakyat Argentina telah meratifikasi perjanjian tersebut dengan 240 undi sokong, 4 undi bantah dan 2 orang tidak hadir.[17] Pada 5 November, Senat Mexico juga telah meratifikasi perjanjian tersebut secara sebulat suara Senate. Dengan itu, perjanjian tersebut telah mencapai bilangan ratifikasi minimumnya, iaitu 11 buah negara, untuk berkuat kuasa secara rasminya.[18]

Kesahan

Perjanjian tersebut telah menetapkan bahawa perjanjian tersebut akan berkuat kuasa 90 hari selepas sekurang-kurangnya 11 ratifikasi telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PBB. Drngan memenuhi syarat ini, perjanjian tersebut telah berkuat kuasa secara rasminya pada 22 April 2021, sempena Hari Bumi[1]

Rujukan

WikiPedia: Perjanjian_Escazu https://www.lanacion.com.ar/politica/argentina-rat... https://english.elpais.com/usa/2021-04-27/internat... https://hir.harvard.edu/protecting-latin-americas-... https://ceere.eu/pjiel/wp-content/uploads/2021/06/... https://www.gob.mx/sre/prensa/mexico-makes-history... https://dialogochino.net/en/climate-energy/42265-b... https://dialogochino.net/en/climate-energy/52871-c... https://dialogochino.net/en/climate-energy/53209-e... https://observatoriop10.cepal.org/en/treaties/regi... https://repositorio.cepal.org/bitstream/handle/113...