Perjanjian_Locarno

Perjanjian Locarno merupakan tujuh persetujuan yang dirunding di Locarno, Switzerland, pada 5–16 Oktober 1925 dan ditandatangani secara rasmi di London pada 1 Disember 1925. Menerusi perjanjian ini, negara-negara sekutu Eropah Barat dan negara-negara baharu di Eropah Tengah dan Eropah Timur berusaha untuk menyelesaikan pertikaian wilayah dan memulihkan hubungan dengan Jerman (Republik Weimar). Ia juga menyatakan bahawa Jerman tidak akan berperang dengan negara lain. Perjanjian ini membahagikan sempadan Eropah kepada dua bahagian iaitu: barat yang dijamin oleh Perjanjian Locarno; dan sempadan timur Jerman dan Poland yang masih boleh dikaji semula.