Terma-terma Perjanjian_Sistova

Austria telah dikalahkan pada tahun pertama perang, tetapi kemudian berjaya menawan Belgrade, dan mendapat kemenangan lain berdekatan Calafat pada tahun 1790. Sekutu Austria, Rusia juga menang besar. Tetapi Austria kemudian diancam oleh serangan daripada Prusia;[4] serta ekoran tercetusnya Revolusi Perancis, menarik perhatian Austria. Di bawah tekanan ini, Austria menerima hanya keuntungan kecil dari peperangan: iaitu bandar Orşova dan dua buah kawasan kecil di perbatasan Croatia yang mana dilepaskan kepada Austria.[5]

Perjanjian ini menamatkan Perang Austria-Uthmaniyyah. Austria tidak menyertai peperangan yang diketuai oleh Rusia menentang Uthmaniyyah semasa kurun ke-19 dan 20.[6]

Selepas perang dengan Turki tamat, Austria menyertai Prusia dalam Deklarasi Pillnitz pada 27 Ogos. Austria menolak sebarang perluasan ke atas Empayar Uthmaniyyah. Sebagai balasan, Prusia berjanji tidak akan meluaskan kuasa ke timur dan tidak akan menyokong Revolusi Brabant. Kedua-dua negara berikrar untuk campur tangan di Perancis sekiranya semua kuasa-kuasa Eropah bersetuju ia perlu dilakukan.