Perjanjian_Sykes-Picot

Perjanjian Sykes-Picot pada Mei 1916 merupakan satu perjanjian rahsia yang telah dibuat oleh dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dan Picot Georges yang mewakili negara British dan Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Sykes dan Picot telah merancang untuk membahagikan Empayar Uthmaniyah apabila berakhirnya Perang Dunia Pertama.Perjanjian ini telah membahagikan wilayah milik umat islam di Syria, Lubnan dan Turki Cilicia untuk diletakkan dibawah ‘kawalan’ kerajaan Perancis manakala Palestin, Jordan dan kawasan sekitar Teluk Parsi dan Baghdad adalah dibawah ‘kawalan’ kerajaan British. Walaupun secara literalnya ke semua wilayah ini tidak ditadbir oleh kedua-dua kerajaan ini namun secara amnya mereka mempunyai pengaruh didalam semua jabatan pentadbiran kerajaan wilayah tersebut. Kawasan utara Syria dan Mesopotamia adalah dibawah pengaruh Perancis manakala Saudi dan Lembah Jordan di bawah pengaruh British walau bagaimanapun ibu kota Palestin iaitu Baitulmaqdis adalah terletak dibawah pentadbiran antarabangsa.Perjanjian ini adalah bertentangan dengan perjanjian Mcmahon 1915 di mana T. E Lawrence - lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia ("Si Lawrence dari Tanah Arab") - telah menjanjikan kepada masyarakat Arab bahawa mereka akan mentadbir sendiri wilayah mereka berdasarkan semangat ‘nasionalisme’ dengan syarat masyarakat Arab membantu Tentera Berikat untuk menewaskan tentera kerajaan Uthmaniyah.Walau bagaimanapun, perjanjian (Mcmahon 1915) itu dipenuhi oleh Parti Berikat walaupun selepas kekalahan kerajaan Uthmanniyah. Kawasan Uthmaniyah yang ditawan masih diletakkan di bawah ‘kawalan’ Tentera Berikat namun ia menjadi pengajaran kepada masyarakat Arab untuk lebih berhati-hati di dalam berurusan dengan pihak British dan Perancis pada masa depan.Selepas Revolusi Bolshevik pada bulan November 1917 yang diketuai oleh Vladimir Lenin, beliau telah menemui salinan perjanjian ini dalam arkib kerajaan Rusia dimana Rusia juga terlibat didalam perjanjian Sykes-Picot. Rusia seharusnya mempunyai hak ‘kawalan’ atau pengaruh di Turki, utara Armenia dan Kurdistan. Salinan perjanjian ini telah didedahkan kepada umum dan akhirnya menyebabkan masyarakat Arab mengetahui mengenai perjanjian sulit ini.