Perkahwinan_Diraja_Raja_Dr_Nazrin_Shah
Perkahwinan_Diraja_Raja_Dr_Nazrin_Shah

Perkahwinan_Diraja_Raja_Dr_Nazrin_Shah

DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson diijabkabulkan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di Istana Iskandariah, Bukit Chandan , bandar diraja Kuala Kangsar, Perak pada hari Khamis 17 Mei 2007. Pada 18 Mei 2007, Zara Salim Davidson dilantik sebagai Raja Puan Besar Perak. Pada hari Sabtu 19 Mei 2007 majlis persandingan diadakan di Istana Iskandariah, tepian Sungai Perak, bandar Kuala Kangsar, Perak. Berita perkahwinan ini bermula pada 8 Mei 2007, kira-kira dua minggu sebelumnya dalam media massa di Malaysia. Perkahwinan ini disifatkan sebagai julukan "Royal Wedding of the Year" dan merupakan perkahwinan diRaja Perak yang gemilang sebagaimana dirakam dalam Misa Melayu, karangan Raja Chulan tahun 1756.Majlis pernikahan secara sederhana dan ringkas itu adalah atas kehendak Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan putera sulungnya, Raja Dr Nazrin sendiri. Namun begitu adat istiadat diraja dikekalkan. Istiadat pernikahan kerabat diraja negeri Perak sepenuhnya, sepatutnya membabitkan lima peringkat iaitu meminang, akad nikah, berlimau, bersanding dan bersiram sampat. Tetapi berlimau dan bersiram sampat ditiadakan.