Menu
Perkahwinan_menurut_Islam PeminanganPertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan))
Menu
Perkahwinan_menurut_Islam PeminanganBerkaitan
Perkahwinan menurut Islam Perkara 8 Perlembagaan Malaysia Perkara 153 Perlembagaan Malaysia Perkahwinan Perkahwinan Cina Perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton Perkara yang dilarang dalam Ihram Perkauman di dunia Arab Perkahwinan diatur Perkakasan komputerRujukan
WikiPedia: Perkahwinan_menurut_Islam http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component... http://www.ikim.gov.my/isu43.htm http://www.islam.gov.my/bidang-kuasa-wali-dalam-pe... http://www.newadvent.org/cathen/05054c.htm