Perkhidmatan_Iran

Urbanisasi di Iran telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di sektor perkhidmatan. Antara industri utama perkhidmatan di Iran ialah pendidikan, perdagangan, perkhidmatan profesional dan juga pelancongan. Perang Iran Iraq pada era 1980an menyebabkan industri pelancongan jatuh mendadak tetapi kini mula bertumbuh semula. Lebih kurang 1.7 juta pelancong asing melawat Iran pada tahun 2004. Kebanyakan mereka berasal daripada negara-negara Asia dan selebihnya dari Eropah dan Amerika. Destinasi pelancongan yang popular di Iran ialah Isfahan, Mashhad dan Shiraz. Industri ini masih lagi terbatas kerana kekurangan infrastruktur, komunikasi dan juga kekurangan pegawai pelancongan.[1]Perlembangan Iran memberikan perkhidmatan kesihatan asas untuk penduduknya. Pada awal 2000, 65 peratus penduduk Iran menggunakan sistem insurans kesihatan nasional. Kerajaan Iran pula memberi subsidi yang banyak kepada industri farmasi untuk mengurangkan harga ubat dan meningkatkan daya beli ubat dan vaksin oleh penduduk Iran. Manakala, Keluaran Dalam Negar Kasar, KDNK untuk sektor kesihatan berjumlah AS$ 240 bilion pada tahun 2004 dan 2007.[2]Meskipun kerajaan Iran memulakan proses Pelonggaran Ekonomi pada tahun 1990an, belanjawan kerajaan termasuklah belanjawan untuk badan-badan berkanun atau Bonyad diperkirakan masih lagi tinggi. Dianggarkan dua per lima daripada KDNK Iran adalah berasal daripada sektor perkhidmatan dan sebahagian daripada sektor perkhidmtan adalah industri daripada badan-badan berkanun seperti industri ketenteraan.