Perkhidmatan_Taman_Negara

Perkhidmatan Taman Negara (NPS, Inggeris: National Park Service) adalah sebuah badan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat yang menguruskan kesemua taman negara, kebanyakan monumen nasional dan pemilikan pemuliharaan dan sejarah dengan designasi yang pelbagai.[1] Ia telah diwujudkan pada 25 Ogos 1916 oleh Kongres melalui Akta Organik Perkhidmatan Taman Negara[2] dan ia adalah sebahagian daripada badan di bawah Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. NPS berperanan dalam memelihara integriti ekologi dan sejarah tempat-tempat yang berada di bawah pengurusannya, dan juga menjadikannya tersedia dan boleh dicapai untuk kegunaan dan manfaat orang awam.Setakat tahun 2017, NPS menggajikan kira-kira 27,000 kakitangan di 417 unit, di mana 59 daripadanya adalah untuk taman negara.[3]