Pertanian_Iran
Pertanian_Iran

Pertanian_Iran

Secara kasarnya, satu per tiga daripada tanah Iran digunakan untuk pertanian dimana satu per empat daripada jumlah tanah sedang diusahakan dan tanah pertanian selebihnya tidak diusahakan berikutan tahap kesuburan tanih yang rendah dan kekurangan sumber air. Kurang daripada satu per tiga tanah yang diusahakan ini diairi manakala selebihnya adalah tanaman kering. Kawasan barat dan barat daya Iran mempunyai tanih yang paling subur.Pada akhir kurun ke dua puluh, hasil pertanian adalah satu per lima daripada pengeluaran negara kasar (PNK) Iran. Kerana saiz ladang yang kecil dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi, terdapat banyak migrasi ke kawasan bandar. Selain itu, baja yang dikeluarkan di Iran tidak bermutu tinggi.Faktor-faktor menyebabkan hasil pertanian Iran tidak memberuntungkan dan menghasilkan kemiskinan di kawasan luar bandar. Pada era 1990 an, kerajaan Iran mengambil beberapa inisiatif untuk memajukan pertanian. Ini sedikit sebanyak meningkatkan hasil pertanian Iran.