Permulaan Pertempuran_Alesia

Julius Caesar telah berada di Gaul semenjak 58 SM. Adalah menjadi adat bagi konsul, pegawai lantikan tertinggi Rome, pada akhir tahun sebagai konsul, untuk dilantik sebagai gobernor salah satu jajahan Rom oleh Senat Rom, dan berikutan jawatan konsul pertamanya pada tahun 59 BC, Caesar dilantik sebagai gobernor Cisalpine Gaul (kawasan antara Alps, Apennines dan Adriatic), dan Transalpine Gaul ("Gaul di luar Alps"). Dengan promagistrasi imperium, dia mempunyai kuasa mutlak dalam jajahan tersebut.

Caesar mengalahkan puak Gallic satu demi satu seperti Helvetii, Belgae atau Nervii, dan mendapatkan sumpah setia sekutu (pledge of alliance) kebanyakan yang lain. Kejayaan dalam Perang Gallic membawa sejumlah besar kekayaan kepada Republik dalam bentuk harta rampasan dan tanah baru untuk dikenakan cukai. Caesar sendiri menjadi amat kaya, kerana sebagai jeneral, dia mendapai kelebihan dari penjualan tahanan perang. Tetapi kejayaan dan kemashyuran turut membawa musuh. Triumvirate Pertama, gabungan politik (walaupun tidak rasmi) dengan Pompey dan Crassus, berakhir pada 54 BC, dengan kematian Julia (anak perempuan Caesar dan isteri Pompey) dan Crassus dalam pertempuran Carrhae. Tanpa kaitan politik dengan Pompey, mereka seperti Marcus Porcius Cato yang Muda memulakan kempen menentang Caesar, menimbulkan rasa syak dan menuduhnya sebagai ingin menumbangkan republik dan menjadi raja Rom.


Pada musim sejuk 54-53 BC, puak Eburones yang dahulunya aman, dibawah pemerintahan Ambiorix, memberontak menentang penjajahan Rom dan memusnahkan legion keempat belas dalam serangan hendap yang dirancang dengan rapi. Ini merupakan satu pukulan hebat bagi strategi Caesar di Gaul, kerana dia sekarang kehilangan satu per empat daripada tenteranya, dan evolusi politik di Rom menjadikan tiada harapan baginya mendapatkan tentera bantuan dari Rom. Pemberontakan Eburones merupakan kekalahan Rom pertama yang jelas dan menimbulkan perasaan kebangsaan meluas dan pemberontakan yang meluas. Ia hampir mengambil masa setahun, tetapi Caesar berjaya merampas kawalan Gaul dan mengamankan puak di sana. Bagaimanapun, pergeseran di Gaul tidak berakhir. Puak-puak Gallic sekarang ini menyedari bahawa hanya dengan bersatu, boleh mereka mencapai kemerdekaan dari Rom. Persidangan Ahli Majlis (general council) diadakan di Bibracte dimulakan oleh Aedui, suatu masa merupakan penyokong setia Caesar. Hanya Remi dan Lingones cenderung mengekalkan sekutu mereka dengan Rom. Majlis Dewan (council) mengistiharkan Vercingetorix, salah seorang ketua puak Averni, komander bagi tentera Gallic bersatu.

Caesar ketika itu berkhemah musim sejuk di Cisalpine Gaul, tidak menyedari mengenai persekutuan yang ditubuhkan menentangnya. Isyarat masalah pertama datangnya dari Carnutes yang membunuh semua peneroka Rom di bandar Cenabum (Orléans moden). Keganasan ini diikuti pula dengan penyembelihan kesemua warganegara Rom, pedagang dan peneroka di semua bandar Gallic utama. Mendegarkan berita ini, Caesar dengan cepat menggerakkan orang-orangnya dan menyeberangi Alps, yang masih diselitupi salji, menuju pusat Gaul. Ini dilakukan dalam tempoh singkat dan Caesar berjaya mengejutkan semua puak Gallic. Dia memecahkan tenteranya kepada empat legion dengan Titus Labienus untuk melawan Senones dan Parisii di Utara. Caesar sendiri mengejar Vercingetorix dengan enam legion dan kalavari sekutu Jermannya. Kedua tentera bertembung di kota bukit Gergovia, di mana Vercingetorix menduduki kedudukan pertahanan yang kuat. Caesar terpaksa berundur bagi mengelakkan kekalahan sepenuhnya, selepas mengalami kerugian teruk. Pada musim panas 52 SM, beberapa pertempuran berlaku antara pasukan berkuda kalavari, dengan Caesar berjaya mengucar-kacirkan tentera Gallic. Vercingetorix memutuskan bahawa masanya belum baik bagi bertemu dalam perang besar-besaran dan berkumpul di kota Mandubii di Alesia.