Selepasnya Pertempuran_Alesia

Alesia terbukti mengakhiri terbukti mengakhiri penentangan tersusun dan menyeluruh terhadap penjajahan Rom di Gaul. Negara tersebut ditundukkan, menjadi jajahan Rom dan akhirnya dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian pentadbiran yang lebih kecil. Tidak sehingga abad ke 3 satu lagi pergerakan kearah kemerdekaan berlaku (lihat Empayar Gallic). Pasukan di Alesia dijadikan tawanan termasuk juga tentera penyelamat yang terselamat. Mereka samaada dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada legionarie Caesar, kecuali ahli puak Aedui dan Averni, yang dibebaskan dan diampunkan untuk mengekalkan persekutuan Rom dengan puak penting ini.

Bagi Caesar, Alesia merupakan kejayaan tersendiri yang besar, kedua-dua dari segi ketenteraan dan politik. Senate diperalatkan oleh Cato dan Pompey mengistiharkan 20 hari kesyukuran (thanksgiving) untuk kejayaan ini, tetapi mengenepikan penghormatan bagi Caesar untuk menyambut perarakan kemenangan Rom, kemuncak bagi kerjaya sebarang jeneral. Ketegangan politik meningkat, dan dua tahun kemudian, pada 50 SM, Caesar menyeberangi Rubicon, yang memulakan perang saudara Republik Rom pada 49 SM, yang dimenanginya. Setelah dilantik sebagai konsul, untuk setiap tahun semasa perang, dan dilantik sebagai diktator Rom sementara beberapa kali, dia akhirnya dijadikan dictator perpetuus (diktator seumur hidup), oleh senet Rom pada tahun 44 SM. Penghormatan dan kuasanya yang sentiasa meningkat melemahkan tradisi yang merupakan batu asas republik Rom, dan mendorong kepada berakhirnya Republik Rom dan permulaan Empayar Rom.

Komander pasukan berkuda Caesar mengikut beberapa haluan. Labienus menyokong Optimates ("orang baik"), golongan bangsawan dalam perang saudara tersebut, dan terbunuh dalam Pertempuran Munda pada tahun 45 SM. Trebonius, salah seorang leftenan Caesar yang paling dipercayai, dilantik sebagai konsul, oleh Caesar, pada tahun 45 SM, dan merupakan salah seorang senator yang terbabit dalam pembunuhan Caesar pada Ides of March (15 Mac 44 SM). Dia sendiri dibunuh setahun berikutnya. Antonius kekal sebagai penyokong setia Caesar. Dia dijadikan timbalan Caesar, sebagai Tuan Kuda (Master of the Horse), dan ditugaskan di Itali kebanyakan masa semasa perang saudara. Pada tahun 44 SM dia dilantik sebagai rakan konsular Caesar. Setelah pembunuhan Caesar, Antonius memburu pembunuh Caesar dan bertanding untuk kuasa teragung dengan Octavian (kemudiannya menjadi Caesar Augustus), pertamanya membentuk perikatan dengan Octavian (dan Marcus Aemilius Lepidus) dalam Triumvirate Kedua, kemudain setelah dikalahkan olehnya dalam Pertempuran Actium pada tahun 31 SM. Bersama sekutunya dan kekasihnya ratu Cleopatra, dia lari ke Mesir, di mana mereka membunuh diri, pada tahun berikutnya.

Vercingetorix dijadikan tahanan dan dilayan dengan penghormatan di raja selama lima tahun berikutnya, sementara menunggu dipamirkan pada majlis kemenangan Caesar. Sebagaimana tradisi untuk ketua musuh yang ditawan dan diarak, pada akhir perarakan kemenangan, dia dibawa ke Tullianum (juga dikenali sebagai Penjara Mamertine) dan dicekik sampai mati.