Pertempuran_Chaldiran
Pertempuran_Chaldiran

Pertempuran_Chaldiran

Koordinat: 39°05′19.87″N 44°19′37.19″E / 39.0888528°N 44.3269972°E / 39.0888528; 44.3269972Pertempuran Chaldiran atau Chaldoran (Bahasa Parsi: چالدران‎, Bahasa Turki: Çaldıran) berlaku pada 23 Ogos 1514 dan berkahir dengan kemenangan untuk Empayar Uthmaniyyah ke atas Empayar Safavid dari Parsi. Akibatnya, Uthmaniyyah mendapat penguasaan segera ke atas timur Anatolia dan utara Iraq. Pertempuran ini menandakan permulaan bagi 41 tahun peperangan yang menghancurkan kedua-dua empayar Islam yang hanya berakhir pada tahun 1555 dengan Perjanjian Amasya. Kesemua kehilangan Safavid adalah bagi kawasan yang diduduki oleh penganut Syiah di Parsi, seperti Azerbaijan, Luristan dan Kirmanshah, adalah sementara yang mana kemudian dapat dirampas semula. Bagaimanpun kehilangan Iraq, selain Kurdish dan Armenia di timur Anatolia, adalah kekal.Di Chaldiran, Uthmaniyyah memiliki pasukan yang lebih besar dan lebih baik dengan jumlah di antara 60,000 sehingga 200,000, sementara pasukan Iran sekitar 40,000. Shah Ismail I, yang mana cedera dan hampir ditawan di dalam pertempuran ini, meninggalkan istana dan berundur dari pentadbiran kerajaan[7] selepas isteri-isteri beliau ditawan oleh Selim I,[8] dengan sekurang-kurang seorang darinya mengahwini negarawan dari Uthmaniyyah.[9] Pertempuran ini mempunyai kepentingan sejarah bukan hanya menolak idea bahawa Murshid dari Syiah-Qizilbash tidak boleh runtuh,[10] tetapi juga memperincikan sempadan Uthmaniyyah-Safavid dan menyebabkan para ketua Kurdish menukar persetiaan mereka dari Safavid ke Uthmaniyyah.[11]

Pertempuran_Chaldiran

Tarikh 23 Ogos, 1514
TarikhLokasiHasil
Tarikh23 Ogos, 1514
LokasiBarat Laut Iran
HasilKemenangan muktamad Uthmaniyyah
Lokasi Barat Laut Iran
Hasil Kemenangan muktamad Uthmaniyyah