Pertempuran_Gorni-Dubnik
Pertempuran_Gorni-Dubnik

Pertempuran_Gorni-Dubnik

Kızıl-Tepe – Simnitza – Svistov – Nikopol – Genting Shipka Pertama – Genting Shipka ke-2 – Lovcha – Genting Shipka ke-3 – Gorni-Dubnik – Kars – Pleven – Tashkessen – Genting Shipka ke-4 – PlovdivDalam usaha hendak menawan kubu Pleven dengan cepat, tentera Rusia mula mensasarkan garison sepanjang laluan perbekalan dan perhubungan Tentera Uthmaniyyah. Sejumlah besar garison telah dihapuskan semasa Pertempuran Lovcha pada bulan September. Jeneral Iosif Gurko telah dipanggil dari kawasan Shipka Pass untuk menangani lebih banyak garison yang melindungi Pleven.Pada 24 Oktober, Gourko telah menyerang kubu Gorni Dubnik. Serangan tentera Rusia ditentang hebat tetapi dua kolum tentera Rusia dengan mudah dapat mengundurkan garisan pertahanan Uthmaniyyah. Batalion penembak tepaj Finland terbabit dalam pertempuran dan menyerbu dinding kota. Gourko terus menyerang dan komander garrison iaitu Ahmed Hifzi Pasha menyerah. Pada tempoh sebulan beberapa lagi garison Uthmaniyyah ditawan termasuk Orhanie. Pada 24 Oktober, tentera Rusia telah mengepung Pleven yang kemudiannya menyerah diri pada 10 Disember. Pertempuran itu diperingati oleh Regimen Pengawal Finland pada 24 Oktober sebagai hari penghormatan bagi keturunan batalion penembak tepat Pengawal Finland, Regimen Jaeger Pengawal Finland.