Pertempuran_Nikopol
Pertempuran_Nikopol

Pertempuran_Nikopol

276 terkorban84 hilangKızıl-Tepe – Simnitza – Svistov – Nikopol – Genting Shipka Pertama – Genting Shipka ke-2 – Lovcha – Genting Shipka ke-3 – Gorni-Dubnik – Kars – Pleven – Tashkessen – Genting Shipka ke-4 – PlovdivPertempuran Nikopol atau Nikopolis merupakan salah satu pertempuran awal yang berlaku semasa Perang Rusia-Turki (1877–1878). Ketika Tentera Rusia menyeberangi Sungai Danube, mereka menghampiri sebuah bandar kubu iaitu Nikopol ( Nikopolis ). Pemerintah Tertinggi tentera Turki telah menghantar Osman Pasha bersama askar dari Vidin untuk menentang penyeberangan askar Rusia merentasi Sungai Danube. Osman bertujuan bagi mengukuhkan dan mempertahankan Nikopol dari serangan tentera Rusia. Tetapi, Kor Rusia IX yang dipimpin oleh Jeneral Nikolai Kridener telah sampai ke bandar itu lebih awal dan mengebom garison di situ sehingga mereka menyerah, sebelum Osman sempat tiba. Osman dan tenteranya kemudian berundur ke Plevna. Dengan garison di Nikopol dihapuskan, pihak Rusia bebas untuk mara ke Plevna untuk menentang Tentera-tentera Uthmaniyah.

Pertempuran_Nikopol