Berikutannya Pertempuran_Jambatan_Stirling

Pertempuran Jambatan Stirling merupakan kekalahan besar kepada pihak Inggeris: ia membuktikan bahawa di bawah keadaan tertentu, di mana keadaan adalah sesuai, pasukan berjalan kaki adalah lebih baik berbanding tentera berkuda. Bagaimanapun, ia memakan masa sebelum pengajaran ini diterima sepenuhnya.

Kematian di pihak Scotland tidak dirakamkan, kecuali Andrew Moray. Dia kelihatannya tercedera dalam pertempuran dan mati akibat kecederaannya sekitar November.

Wallace terus memimpin serangan ringkas yang hebat ke utara England yang tidak menyumbang kepada matlamat Scotland, tanpa mengira kesannya kepada semangat tenteranya. Menjelang March 1298 dia muncul sebagai Penjaga Scotland. Kemashyurannya singkat kerana Raja Edward sendiri mara ke utara dari Flanders. Kedua tokoh bertembung di medan Pertempuran Falkirk (1298) pada musim panas 1298, di mana Wallace dikalahkan.