Pertempuran Pertempuran_Jambatan_Stirling

John de Warenne telah mendapat kemenangan besar ke atas bangsawan Scotland dalam Pertempuran Dunbar, dan keyakinannya bahawa dia kini berhadapan dengan perusuh telah menjejaskan pertimbangannya. Jambatan kecil di Stirling hanya cukup luas bagi membenarkan dua tentera berkuda lulus menyeberang. Pasukan Scotland diletakkan di kedudukan menguasai tanah rata, lembut di utara sungai. Sir Richard Lundie, Kesasteria Scotland yang menyertai Inggeris selepas kekalahan di Irvine, menawarkan bagi memintas musuh dengan membawa pasukan berkuda kalavari meranduk sungai di lintasan berhampiran, di mana enam puluh tentera berkuda mampu menyeberang serentak. Bendahari Raja Edward di Scotland, Cressingham, ingin mengelak perbelanjaan yang tidak perlu dalam perperangan yang berpanjangan, dan dia memujuk Earl bagi menolak nasihat ini dan memerintah serangan langsung merentasi jambatan tersebut.

Pihak Scotland menunggu askar pejalan kaki dan kesasteria Inggeris perlahan-lahan menyeberangi sungai pada pagi 11 September. Tentera Scotland bukan lagi berkeceramuk seperti 1296: kepimpinan Wallace dan Moray pada orang-orang mereka adalah ketat. Mereka menunggu pada awal hari ketika pemanah Inggeris dan Welsh telah menyeberang, sebelum berundur kembali kerana Surrey lewat bangun. Kedua komander kini menanti, menurut Chronicle of Hemingburgh, sehingga "seramai musuh telah menyeberang yang mereka jangka dapat tumpaskan." Apabila baris hadapan ("vanguard"), terdiri dari 5,400 tentera pejalan kaki Inggeris dan Welsh dengan beberapa ratus tentera berkuda, telah menyeberangi Jambatan, serangan dimulakan. Pasukan bertombak Scotland mara dari tanah tinggi dengan kemaraan pantas kearah Jambatan Stirling, dengan pantas merampas kawalan pada pendaratan awal Inggeris. Tentera baris hadapan Surrey kini terasing dari bahagian tentera yang lain. Pasukan berkuda berat di utara sungai kini terperangkap dan dimusnahkan berkecai, sahabat mereka di selatan tidak mampu membantu. Hanya seorang kesasteria Yorkshireman, Sir Marmaduke Tweng, menunjukkan daya fikiran yang hebat dan berjaya meloloskan dirinya melalui rimbunan tombak balik ke jambatan; tetapi lebih seratus kesasteriaan lain dibunuh, termasuk Hugh de Cressingham yang tembam, yang mayatnya dilapah dan kulitnya dipotong menjadi kepingan kecil sebagai tanda ingatan kemenangan. Lanercost Chronicle merakamkan bahawa Wallace [1] "kepingan lebar [kulit Cressingham] ... diambil dari kepala hingga ke buku lali, untuk dijadikan baldrick bagi pedangnya". Kematian dikalangan tentera pejalan kaki, kebanyakannya orang Wales adalah tinggi. Mereka yang sempat menanggalkan perisai mereka berenang menyeberangi sungai.

Surrey, yang merupakan wira yang penting dan masih memiliki sejumlah besar pemanah yang kuat, telah kekal di selatan sungai dan masih berada dalam kedudukan yang kuat. Sebahagian besar tenteranya masih kekal dan dia mampu mempertahankan garisan di Forth, menghalang laluan tentera Scotland ke selatan. Tetapi dia sudah hilang keyakinan dirinya. Selepas Tweng terlepas, dia memerintahkan jambatan itu dimusnahkan dan berundur ke Berwick, meninggalkan garison di Istana Stirling terasing dan meninggalkan Lowlands kepada pihak pemberontak. James Stewart, High Steward kepada Scotland, dan Malcolm, Earl of Lennox, yang pasukannya merupakan sebahagian kepada tentera Surrey, memerhati kemusnahan di utara jambatan, telah berundur. Kemudian pasukan perbekalan Inggeris di serang di The Pows, kawasan hutan paya, oleh James Stewart dan bangsawan Scotland yang lain, membunuh kebanyakan tentera yang melarikan diri.

Tapak pertempuran dipercayai jauh di hulu Jambatan Stirling kini, yang hanya dibina lama kemudian.