Kejadian Pertempuran_Makkah

Pada awal Jun 1916 kebanyakan tentera Uthmaniyyah bergerak ke Taif, sebuah stesen bukit bersama-sama Ghalib Pasha, gabenor Hijaz. Hanya 1,000 anggota berada di Makkah sebagai pasukan pertahanan. Pada 10 Jun, kebanyakan mereka masih tidur di berek di lembah apabila Syarif Husain bin Ali, Syarif Makkah, melepaskan satu tembakan daripada tingkap istananya sebagai permulaan pemberontakan Arab. Seramai 5,000 pengikutnya mula menyerang tentera Uthmaniyyah yang berada di dalam tiga buah kubu – penempatan kubu membolehkan tentera melihat Makkah – dan di berek Jirwall yang terletak di jalan ke Jeddah.

Serangan ke atas angkatan Turki dilakukan secara mengejut dan penyandang pegawai memerintah tidak menyedari bahawa satu pemberontakan sedang berlaku. Pemerintah Turki tidak dapat memastikan apa yang sedang berlaku kerana panji-panji Syarif dan Uthamaniyyah sama warnanya. Beliau menefon Syarif Husain untuk bertanyakan berita. Beliau dimaklumkan tentang keadaan dan diminta menyerah diri. Namun, pemerintah Uthmaniyyah enggan menyerah kalah dan pertempuran berlanjutan.

Pada keesokan hari tentera Hasyim mara dan menawan Bash-Karakol bersebelahan Masjidil Haram, dan pada hari ketiga, Hamidia, pejabat kerajaan Uthmaniyyah besama-sama timbalan gabenor ditawan. Timbalan Gabenor memerintahkan tentera Uthmaniyyah menyerah diri tetapi mereka menolak menyebabkan situasi menjadi buntu.

Sir Reginald Wingate menghantar dua meriam dari Sudan melalui tentera artileri Mesir. Tentera Syarif menyerang, berjaya memecahkan dinding kubu dan mengalahkan anggota tentera yang bertahan. Pada 4 Julai 1916, selepas bertahan selama tiga minggu, tentera Uthmaniyyah di dalam kubu terakhir, berek Jirwal, menyerah kalah.[2]