Pertempuran Pertempuran_Panipat_(1556)

Tentera Mughal mempunyai kira-kira 10,000 tentera menghadapi bilangan tentera musuh yang jauh lebih ramai iaitu 30,000 orang. Bairam Khan memilih lokasi pertempuran yang mempunyai jurang dalam untuk membahagikan kedua-dua pihak. Tentera Mughal dilihat hanya mempunyai tentera bergajah dan kavalri. Mereka juga dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kavalri pemanah. Sementara itu, tentera bergajah ditempatkan di barisan hadapan pada setiap kumpulan tersebut.

Tentera Hemu pula menempatkan kavalri di barisan pertama, infantri di barisan kedua manakala tentera bergajah mereka berada di barisan hadapan. Pertempuran bermula apabila Hemu menggerakkan pasukan sayap kiri dan kanannya bersama tentera bergajah untuk mara menentang pasangan musuh masing-masing. Serangan ini berhasil dan pasukan sayap Mughal terpaksa untuk berundur secara beransur-ansur ekoran menerima tekanan yang hebat. Bairam Khan mengirim barisan keduanya di balik serangan musuh itu untuk melancarkan serangan dari arah belakang. Pemanah berkuda Mughal lebih unggul daripada musuhnya dan serangan anak panahnya banyak yang berhasil. Jadi, Hemu perlu menolak semula tentera sayap musuh supaya mereka berundur. Jurang yang dalam menyukarkan beliau untuk merencanakan serangan yang kemas. Apabila Hemu mengambil keputusan untuk mara ke hadapan, beliau terpaksa bergerak mengelilingi jurang dan hanya satu bahagian daripada tenteranya dapat merangka serangan ke atas pasukan tengah musuh.

Sumber-sumber mendakwa bahawa tentera Mughal berada di ambang kekalahan. Pertempuran ini ditentukan oleh sebatang anak panah yang berjaya menemui celah topi perisai Hemu. Tentera Hemu mula panik melihat pemimpinnya telah terbunuh sekali gus memecahkan barisan tentera-tentera yang lain.

Mughal hanya menghadapi kehilangan nyawa pejuangnya yang sedikit manakala mereka telah membunuh lebih 5,000 tentera musuh. Akbar meneruskan usaha perluasan kuasanya. Pada saat kematiannya, sebahagian besar India telah berada di bawah kekuasaan Mughal. Mughal terus kekal sehingga tahun 1857.