Taktik Pertempuran_anti-kereta_kebal

Sungguhpun dengan keupayaan anti-kereta kebal, taktik tentera yang betul amat penting apabila mempertahankan diri dari division kereta kebal, tidak kira samaada pasukan bertahan memiliki kereta kebal atau tidak. Kereta kebal pada kebiasaannya menumpaskan sebarang pasukan yang cuba menewaskan mereka "secara berhadapan", tetapi terdedah kepada division infantri yangbesar tanpa sokongan kereta kebal atau pesawat udara.

El Alamein

Bernard Montgomery membuktikan kepentingan taktik digabung dengan kefahaman mengenai keperluan logistik kereta kebal dalam Pertempuran El Alamein. Pada titik penting perang ini, pasukan Erwin Rommel secara asasnya bergerak tanpa dapat ditahan di Afrika Utara dan mengancam untuk turut menewaskan pasukan British di Mesir juga. Bagaimanapun, garis bekalan Rommel amat panjang disebabkan ketidak upayaannya bagi menawan pelabuhan penting Tobruk. Montgomery menyedari bahawa pembolosan akan membenarkan Rommel untuk membekalkan kereta kebalnya dari pelabuhan Mesir.

Montgomery memilih El Alamein kerana ia merupakan titik genting dengan Laut Mediterranean di utara dan Mendakan Quattara (Quattara Depression), yang tidak dapat ditembusi kereta kebal di selatan. Ini menghalang Rommel daripada mengguna taktik memintas (flanking) (yang mana dia amat berjaya) untuk menyerang mana-mana hujung garis British. Apabila Rommel gagal membolos garis British, dia dipaksa berundur kembali garis bekalannya, kerana Montgomery telahpun menggunakan bekalan bahan api di Mesir, dan turut mampu mendapat bekalan dari Tobruk keseluruh perjalanannya. Dengan ini, Montgomery mampu merampas kembali yang ditawan Rommel.

Perbatasan Timur pada Perang Dunia II

Kemaraan awal Jerman di Perbatasan Timur semasa 1941 amat mengkagumkan sebagaimana serangan awal mereka di Poland dan Perancis. Sementara tugas tersebut memerlukan logistik besar yang jelas menyukarkan Jerman, Soviet dengan pantas menyedari kelemahan kereta kebal Jerman dan menggunakkannya pada setiap peluang. Menyedari bahawa pada sesetengah kawasan kereta kebal tidak mampu beroperasi diluar jalan disebabkan selut atau tanah becak, pasukan Soviet mengenal pasti titik genting dan sering kali menyerang hendap kereta kebal pertama dan terakhir, memerangkap sebarang baki kereta kebal yang tidak mampu untuk mara atau berundur.

Perangkap kereta kebal

Dengan masa yang mencukupi, muka bumi boleh disediakan untuk menjadikannya tidak sesuai bagi kereta kebal. Di Normandy, pihak Jerman meletakkan struktur logam yang besar di pantai yang mudah lekat pada rantai kereta kebal atau bahagian bawah. Parit yang dalam juga boleh digali bagi menghalang kereta kebal daripada menyeberanginya tanpa bantuan jurutera tentera.

Perang Korea

Perang Korea menonjolkan kesukaran yang timbul dengan pasukan kereta kebal apabila sokongan logistik terdedah digabung dengan muka bumi yang teruk. Pada awal perperangan, division kereta kebal Korea Utara yang dilengkapi dengan baik diundurkan kembali ke Sungai Yalu, sempadang dengan China, oleh kuasa kereta kebal Amerika dengan gabungan sokongan infantri dan udara. bagaimanapun apabila pihak China menyertai perang, mereka mampu mengundurkan kemaraan Amerika dengan kuasa infantri semata-mata. Disebabkan oleh muka bumi dan keperluan membekalkan kereta kebal, kereta kebal Amerika terhad pada dua jalan utama. Tentera China hanya menduduki kawasan antara dua jalan dan menyerang garis bekalan dan pengangkutan tentera Amerika sepanujang jalan. Tentera China kekal pada kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kereta kebal, seperti puncak berbatu dan sawah padi, menewaskan kelebihan kedua-dua division perisai Amerika dan sokongan udara. Satu-satunya perkaya yang menyelamatkan Amerika dan Republik Korea daripada pengunduran lintang pukang adalah pengunduran tersusun.