Erwin_Rommel
Erwin_Rommel

Erwin_Rommel

Perang Dunia IIErwin Johannes Eugen Rommel (15 November 1891 - 14 Oktober 1944), lebih dikenali sebagai Rubah Gurun atau Desert Fox (Bahasa Jerman:Wüstenfuchs), merupakan salah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Jerman yang paling popular dalam Perang Dunia Kedua. Beliau sering diingati bukan sahaja kerana kehebatannya, tetapi juga kerana sifat-sifat kemanusiaan terhadap musuh-musuhnya.Rommel adalah antara pegawai yang paling banyak menerima pingat sewaktu Perang Dunia I dan telah dikurniakan Pour le Merite bagi keberaniannya di perbatasan Itali. Dalam Perang Dunia II, beliau terus mendapat nama sebagai panglima Divisyen Panzer 7 semasa penyerbuan Jerman keatas Perancis tahun 1940. Tentera Jerman dan Itali dibawah pimpinannya dalam kempen Afrika Utara telah mengukuhkan beliau sebagai salah seorang panglima perang yang paling berkebolehan dari segi taktik dan strategi, memberikan beliau gelaran Musang Gurun. Beliau dianggap salah seorang panglima perang paling mahir dalam peperangan padang pasir. Beliau kemudian memerintah tentera Jerman yang menentang penyerbuan tentera Bersekutu di Normandy. Beliau tidak pernah ditugaskan ke Barisan Timur.Rommel juga dianggap sebagai seorang pegawai yang berperikemanusiaan dan profesional. Kor Afrika nya tidak pernah dituduh melakukan jenayah perang dan askar-askar yang ditawan semasa kempen Afrika dilaporkan telah dilayan dengan baik. Arahan-arahan untuk membunuh askar Yahudi, orang awam dan komando yang ditangkap tidak diendahkannya. Pada tahun 1944, Rommel telah dikaitkan dengan konspirasi untuk membunuh Adolf Hitler. Disebabkan Rommel merupakan seorang wira negara, Hitler berkehendakkan beliau dihapuskan secara senyap. Beliau memaksa Rommel membunuh diri dengan menelan racun sianida, sebagai balasan bagi menjamin keluarga Rommel tidak akan dianiaya sesudah kematiannya. Beliau telah diberikan pengkebumian negara dan sebab kematiannya diisytihar sebagai sakit jantung, akibat dari kemalangan kereta.

Erwin_Rommel

Pangkat Generalfeldmarschall
Nama samaran Wüstenfuchs ("Rubah Gurun")
Tandatangan
Nama lahir Johannes Erwin Eugen Rommel[1]
Pasangan Lucia Maria (née Mollin) Rommel, isteri
Anugerah
Hubungan Manfred Rommel, anak
Tahun perkhidmatan 1911–1944
Unit Panzer
Kesetiaan
Pertempuran Perang Dunia I

Perang Dunia II

Meninggal dunia  14 October 1944 (14 October 1944-14 October 1944) (aged 52)
Herrlingen
Kelahiran 15 November 1891 (1891-11-15)
Heidenheim, Kerajaan Württemberg
Arahan
Disemadikan Tanah Perkuburan Herrlingen
Perkhidmatan Tentera Darat Imperial Jerman
Reichswehr
Heer