Tujuan Pertubuhan_Belia_Warisan_dan_Integrasi_Rakyat

(1) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
(2) Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;
(3) Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;
(4) Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
(5) Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;
(6) Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.

Visi PERWIRA: 'Membina Dan Melahirkan Pemimpin Muda Bagi Generasi Akan Datang'

Misi PERWIRA: 'Menggerakkan Belia Kearah Kesempurnaan Iman'

Budaya PERWIRA:

  1. Menghayati Budaya Ilmu,
  2. Menghayati Amalan Kerohanian,
  3. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
  4. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.