Pertubuhan_Larangan_Senjata_Kimia
Pertubuhan_Larangan_Senjata_Kimia

Pertubuhan_Larangan_Senjata_Kimia

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons, OPCW) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang berperanan menggalakkan negara-negara di dunia memeterai dan mengimplementasikan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997. Konvensyen ini menjanjikan penghapusan senjata kimia buat selama-lamanya demi keselamatan dunia. OPCW juga memberi bantuan kepada negara-negara yang mewarisi bahan kimia dari masa silam untuk menghapuskannya.Pertubuhan ini bukan merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun bekerjasama dalam isu dasar dan praktikal. Pada 7 September 2000, OPCW dan PBB telah menandatangani suatu persetujuan kerjasama.[3]Pertubuhan ini dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2013 kerana ia telah, dengan Konvensyen Senjata Kimia,[4] "mentakrifkan penggunaan senjata kimia sebagai pantang larang di bawah undang-undang antarabangsa" menurut Thorbjørn Jagland, Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway.[5][6]

Pertubuhan_Larangan_Senjata_Kimia

Bahasa rasmi Inggeris, Perancis, Rusia, Cina, Sepanyol, Arab
Organ rasmi Conference of the States Parties
Executive Council
Technical Secretariat
Pembentukan 29 April 1997
Ibu pejabat The Hague, Belanda
52°05′28″N 4°16′59″E / 52.091241°N 4.283193°E / 52.091241; 4.283193Koordinat: 52°05′28″N 4°16′59″E / 52.091241°N 4.283193°E / 52.091241; 4.283193
Laman sesawang opcw.org
Belanjawan €74 juta [2]
Ketua pengarah Ahmet Üzümcü[1]
Ahli 190 negara anggota
Semua negara terbabit dengan CWC menjadi anggota secara automatik.
(Pengecualian: lihat keanggotaan)
Kakitangan ~ 500[2]