Pendidikan Perumahan_Negara_Lambak_Kanan

Pusat Pembangunan Kapasiti ialah sebuah institusi pendidikan pasca-menengah yang menyediakan kursus kemahiran kepada pencari pekerjaan dalam industri berkaitan teknikal dan vokasional.[4] Institusi ini ditempatkan di bekas bangunan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.[4]

Terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar yang menyediakan pendidikan menengah aliran biasa sehingga ke tahap kelulusan akademik Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (Bahasa Inggeris: General Certificate of Education Ordinary Level atau lebih dikenali sebagai O Level). Sebelum ini terdapat sebuah lagi sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna namun sekolah tersebut telah berpindah ke Kampung Sungai Akar dan bangunan asal telah menjadi Pusat Pembangunan Kapasiti.

Perumahan Negara Lambak Kanan mempunyai beberapa sekolah rendah bagi murid-murid yang tinggal di kawasan perumahan tersebut. Terdapat juga beberapa sekolah agama di Perumahan Negara Lambak Kanan yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam iaitu pendidikan wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei. Sekolah-sekolah agama itu sama ada mempunyai bangunan sendiri atau berkongsi dengan sekolah-sekolah rendah; biasanya bagi sekolah yang berkongsi kemudahan pendidikan rendah diadakan pada sesi pagi sementara pendidikan agama pada sesi petang.

Kesemua institusi-institusi pendidikan di atas merupakan institusi pendidikan kerajaan.