Pesawat_tempur_ringan
Pesawat_tempur_ringan

Pesawat_tempur_ringan

Pesawat tempur ringan merupakan sebuah pesawat tentera berenjin jet, pelbagai peranan ringan yang biasanya dibangunkan daripada rekabentuk pesawat latihan termaju, yang direka untuk terlibat dalam misi-misi tempur ringan. Misi ini mungkin adalah misi serangan ringan, pengawasan, peranan larangan udara atau peranan latihan. Tipikalnya ia mempunyai halaju lebih rendah berbanding pesawat serangan atau pelbagai peranan yang lebih besar seperti F-18, F-15E Strike Eagle, atau Mig-29. Kebanyakan pesawat tempur ringan kebanyakan mempunyai halaju subsonik, meskipun ada antaranya mampu mencapai Mach 1+. Sebuah pesawat tempur ringan boleh dilengkapi dengan bom, pod meriam atau peluru berpandu udara ke udara jarak dekat yang digunakan dalam misi-misi COIN atau CAS. Beberapa pesawat telah dibangunkan untuk mengintegrasikan persenjataan yang lebih moden seperti bom pintar, peluru berpandu udara ke darat, pod ECM (Electronic Countermeasure), dan sistem sasaran elektronik untuk meningkatkan keupayaan misi yang lebih baik.[1][2][3][4][5][6] Bagaimanapun, pesawat ini biasanya digunakan untuk mempertahankan diri atau misi-misi menentang pesawat atau helikopter musuh, dan bukannya untuk misi-misi pertahanan udara yang biasanya dilaksanakan oleh pesawat pejuang ringan. Beberapa pesawat tempur ringan mampu melaksanakan pertempuran udara ke udara atau pertahanan udara titik jika dilengkapi dengan sistem radar pelbagai mod. Walaupun begitu, majoriti pesawat ini tidak boleh melaksanakan misi-misi ini di sebabkan rekabentuknya yang kecil dan keupayaan yang terhad. Pesawat tempur ringan sering kali digunakan untuk meronda udara dan melaksanakan rondaan sempadan atau udara.