Larangan_udara
Larangan_udara

Larangan_udara

Larangan udara (Bahasa Inggeris: Air interdiction) merupakan penggunaan pesawat bagi menyerang sasaran-sasaran taktikal darat yang mana terletak jauh dari pasukan darat tentera sekutu. Ia berbeza daripada sokongan udara dekat kerana operasi ini tidak menyokong operasi darat secara terus dan tidak diuruskan oleh pasukan di darat. Berlainan dengan pengeboman strategik, larangan udara tidak bermaksud pelaksanaan kempen udara secara bersendirian; alasan utamanya adalah untuk membenarkan operasi darat dan bukannya untuk memusnahkan kekuatan udara musuh semata-mata.Tujuan larangan udara adalah untuk melengahkan, mengganggu atau memusnahkan pasukan atau bekalan musuh yang akan dihantar ke medan pertempuran sebelum ia boleh membahayakan pasukan sekutu. Walaupun pada tahap ini, penggunaan serangan larangan udara untuk menentang pasukan musuh dilakukan tanpa pengbabitan pasukan sekutu. Kadang kala perbezaan dilakukan antara larangan strategik dan taktikal. Operasi strategik merujuk pada operasi yang membawa kesan meluas dan jangka masa panjang; operasi taktikal pula dilakukan bagi memberi kesan dengan pantas dan dalam kawasan tumpuan.