Peserta_Paralimpik_Bebas_di_Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_1992
Peserta_Paralimpik_Bebas_di_Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_1992

Peserta_Paralimpik_Bebas_di_Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_1992

Peserta Paralimpik Bebas merupakan nama yang diberikan kepada atlet dari Republik Persekutuan Yugoslavia yang bertanding dalam Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 yang dianjurkan di Barcelona. Atlet dari bahagian-bahagian yang masih berada di dalam Yugoslaviatelah bertanding sebagai "Peserta Olimpik Bebas" dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1992, yang juga dianjurkan oleh Barcelona. Mereka tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian sebagai "Yugoslavia" kerana Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 757 telah meletakkan sekatan ke atas negara tersebut.[1] Oleh itu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah mengiktiraf penyertaan Yugoslavia dalam Sukan Paralimpik dari tahun 1972 hingga 1988 dan dari tahun 1996 hingga 2000, termasuk atlet yang secara rasminya bukan milik delegasi negara, kecuali pada tahun 1992.[2]Terdapat enam belas orang "Peserta Paralimpik Bebas" yang bertanding pada Sukan Paralimpik 1992 dalam acara olahraga, menembak, renang dan pingpong. Mereka telah memenangi lapan pingat dan antaranya termasuklah empat pingat emas. [3]

Peserta_Paralimpik_Bebas_di_Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_1992

Peserta 16 dalam 4 sukan
PingatKedudukan ke-26 Emas 4 Perak 3 Gangsa 1 Jumlah 8
Kod IPC IPP