Sejarah Peso_Mexico

Pada asalnya, peso datangnya dari dolar perak Sepanyol, yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "pieces of eight" yang dipopularkan dalam kisah-kisah lanun dahulu kala.

Peso bermaksud berat, merujuk kepada sifat utama duit syiling tersebut yang mempunyai berat yang tertentu. Lombong bijih perak di Mexico telah membekalkan sumber perak yang mencukupi untuk pembuatan duit peso ini. Selain itu, satu sifat yang penting adalah peso ini mempunyai tepian yang boleh menunjukkan sama ada duit ini telah diubahsuai atau tidak. Mengubahsuaikan wang peso merupakan amalan biasa kerana dengan mencairkan tepian duit emas atau perak ini, seseorang itu boleh mendapat logam bermutu tinggi. Oleh sebab peso merupakan duit perak tulin dengan berat yang tertentu, agak sukar untuk membuat wang palsu dan ia merupakan matawang yang popular hinggalah kehari ini.