Penemuan Peter_Higgs

Ketika Higgs membuat kajian di Edinburgh, beliau tertarik kepada konsep pemerolehan jisim hasil interaksi zarah dengan suatu medan teoretikal (kini dikenali sebagai medan Higgs).[13][18] Suatu mekanisme turut difikirkan di mana kuark dan lepton juga diterapkan jisim pada masa yang sama,[19] namun ia menghasilkan sebilangan kecil jisim proton dan neutron manakala selebihnya terdiri daripada gluon sebagai suatu pengikat jisim zarah-zarah ini. Penemuan ini didasarkan kepada bahan penyelidikan Yoichiro Nambu dari Universiti Chicago yang mengusulkan suatu teori pemecahan simetri spontan (spontaneous symmetry breaking) seperti yang diperhatikan Yoichiro dalam kesuperkonduksian bahan yang menyejat.[5]

Berkaitan