Petronas
Petronas

Petronas

Petroliam Nasional Berhad[3] atau lebih dikenali sebagai Petronas (digayakan sebagai PETRONAS) ialah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut. Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.[4][5][6]Sejak diperbadankan, Petronas berkembang menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di 31 negara. Sehingga akhir Mac 2005, Kumpulan ini mengandungi 103 pemilikan sendiri anak-anak syarikat, 19 syarikat kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dimiliki separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, menjadikan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada "kembar tujuh" yang baru":[7] syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.Petronas menyediakan satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuk penerokaan huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran talian paip gas; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan; kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 pada 31 Ogos 1998 yang juga hari ulang tahun syarikat ke-24. Pada 11 Mac 2016, Kerajaan Malaysia secara rasminya menamatkan jawatan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas. Tindakan ini diambil berikutan ketidakfahaman dalam kesaksamaan berpolitik, dimana Mahathir dilihat menyerang secara terbuka pentadbiran dan personaliti Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Najib Razak, Mahathir juga dilihat mengadakan baiah bersama pemimpin pembangkang sebagai satu langkah untuk meminta Perdana Menteri melepaskan jawatannya. Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya bersetuju atas penamatan ini kerana "tidak menyokong kerajaan yang sedia ada dan tidak patut mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan".[8]

Petronas

Industri Minyak dan gas
Jumlah ekuiti ▲ AS$95.22 bilion (2016) dari AS$93.44 bilion (2015)
Bilangan pekerja 51,000 (2016)[2]
Hasil ▼ AS$46.06 bilion (2016) dari S$55.68 bilion (2015)[1]
Jumlah aset ▲ AS$135.63 bilion (2016) dari AS$133.07 bilion (2015)[1]
Tempat dibekalkan Seluruh dunia, dengan perniagaan utama di Malaysia
Anak syarikat
Ditubuhkan 17 Ogos 1974; 45 tahun yang lalu (1974-08-17)
Pendapatan bersih ▲ AS$5.28 bilion (2016) dari AS$4.69 bilion (2015)
Ibu pejabat Menara 1, Menara Berkembar Petronas, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang www.petronas.com
Pemilik Kerajaan Malaysia
Jenis Syarikat milik negara
Perancang utama
Perkhidmatan Stesen minyak, perkhidmatan perkapalan
Keluaran Petroleum, gas asli, petrokimia

Rujukan

WikiPedia: Petronas http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-maha... http://www.autosport.com/news/report.php/id/80174 http://www.brandsoftheworld.com/logo/petronas http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://business.financialpost.com/commodities/ener... http://www.ft.com/cms/s/471ae1b8-d001-11db-94cb-00... http://www.geoexpro.com/articles/2010/02/miri-1910 http://investvine.com/rich-oil-deposits-discovered...