Pewarnaan_rambut
Pewarnaan_rambut

Pewarnaan_rambut

Pewarnaan rambut ialah tindakan mengubah warna semulajadi rambut seseorang untuk tujuan kosmetik. Alasan utamanya adalah untuk kecantikan, untuk menutup rambut beruban atau putih, untuk mengubah warna yang dianggap yang lebih diingini atau berfesyen, atau untuk mengembalikan warna rambut asli setelah luntur disebabka proses susunan rambut atau pengaruh sinaran matahari.Pewarnaan rambut dapat dilakukan secara profesional oleh pendandan rambut atau dilakukan sendiri di rumah. Ketika ini, pewarnaan rambut sangat terkenal, dimana 75% wanita[1] dan 18% lelaki yang tinggal di Copenhagen dikhabarkan menggunakan pewarna wambut menurut kajian dari Universiti Kopenhagen.