Philips
Philips

Philips

Koninklijke Philips Electronics N.V. (Royal Philips Electronics N.V.), biasanya dikenali sebagai Philips, (Euronext: PHIA, NYSE: PHG) merupakan syarikat elektronik terbesar di dunia, diasaskan dan beribu pejabat di Belanda. Dalam tahun 2006, jualannya mencecah €26.976 bilion[5] dan ia menggajikan lebih 125,500 orang dari 60 negara[6]. Philips diuruskan di dalam beberapa bahagian: Philips Consumer Electronics, Philips Lighting, Philips Medical Systems dan Philips Domestic Appliances dan Personal Care. Philips merupakan penaja utama kelab Belanda PSV.