Piala_Dunia_Ragbi
Piala_Dunia_Ragbi

Piala_Dunia_Ragbi

Piala Dunia Ragbi ialah pertandingan kesatuan ragbi antarabangsa yang perdana. Acara ini dikendalikan oleh Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB), badan pentadbiran bagi sukan tersebut, dan ditandingi oleh pasukan lelaki peringkat negara. Pertandingan sulung yang diadakan pada 1987 diacarakan oleh kedua-dua Australia dan New Zealand, dengan pertandingan kini diadakan setiap empat tahun dan merupakan salah satu pertandingan sukan yang terbesar di dunia.[1][2] Pemenang dianugerahi dengan Piala William Webb Ellis. Menurut mitos yang popular, William Webb Ellis ialah murid Rugby School yang mereka permainan tersebut. Afrika Selatan ialah Johan Dunia terkini, selepas mereka menewaskan England, Johan Dunia 2003 dan Naib-Johan Dunia terkini, dalam pusingan terakhir Piala Dunia Ragbi 2007 di Perancis pada 20 Oktober 2007. Piala Dunia Ragbi yang berikut akan diadakan pada 2011 di New Zealand. Pengacara untuk 2015 dan 2019 masing-masing telah diumumkan sebagai England dan Jepun.[3]

Piala_Dunia_Ragbi

Dimulakan 1987
Pemenang (Rusia) (2007)
Country Antarabangsa (IRB)
Bil. pasukan 20 (pusingan akhir)
Sukan Kesatuan ragbi