Piala_FA_Akhir_2013

Piala FA Akhir 2013 adalah siri ke-132 final Piala FA Inggeris, pertandingan piala bola sepak tempatan tertua di dunia, dan telah dipertandingkan antara Manchester City F.C. dan Wigan Athletic F.C. Bagi mengelakkan perlawanan liga berlaku serentak dengan perlawanan akhir, perlawanan dimulakan pada masa yang lebih lambat, jam 5:15 petang,[2] bukannya waktu biasa 3:00 petang. Ia merupakan perlawanan akhir pertama Wigan dan yang ke-10 bagi Manchester City.Wigan mencipta kejutan terhadap pilihan ramai City, memenangi piala ini dalam keadaan yang mengingatkan pada akhir Piala FA 1988 apabila Wimbledon mengatasi Liverpool.[3] Gol tunggal hasil tandukan Ben Watson pada masa kecederaan menghasilkan "keputusan terbalik Akhir Piala FA terhebat buat suku abad".[4] Gol ini hadir beberapa minit selepas pemain City Pablo Zabaleta dibuang padang kerana kesalahan kad kuning kali kedua, menjadi pemain ketiga dibuang padang pada perlawanan akhir Piala FA.[5][6]